Halaman

Isnin, 23 Ogos 2010

KITAB AL-UMM


Hari ini akhirnya aku berjaya memiliki kitab muktabar utk bab fiqh iaitu kitab al-umm...karangan imam syafi'i...kitab ini adalah cetakan 2010,mengandungi 2 jilid,kuala lumpur,cumanya ia hanyalah ringkasan terjemahan dari kitab yang sebenar...biarlah,yang penting mudah faham cz dlm bahasa malaysia...Terima Kasih buat Eliza Dora yg sanggup berkongsi modal utk memiliki kitab ini...semoga ianya menjadi panduan dan rujukan di dalam hidup kita berdua kelak....
-Trima Kasih segalanya-

Ahad, 15 Ogos 2010

fiqh islam merangkumi semua keperluan manusia sebenarnya?

2.0 FIQH ISLAM MERANGKUMI SEMUA KEPERLUAN MANUSIA


Oleh sebab Fiqh Islam merupakan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari kerosakan,justeru fiqh islam datang dalam keadaan merangkumi aspek tersebut dan menyusun semua keperluan manusia dengan hukum-hukumnya.

Jika diperhatikan kitab-kitab fiqh yang mengandungi hukum-hukum syarak yang bersandarkan kepada kitab Allah,sunnah Rasulullah,ijma' ulama dan ijtihad mereka,kita akan dapati hukum-hukum tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian dan daripadanya dibentuk peraturan umum bagi menjamin kehidupan manusia secara individu atau bermasyarakat.

2.1 HUKUM IBADAT

hukum ibadat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan beribadat kepada Allah seperti berwuduk,solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain.

2.2 HUKUM KEKELUARGAAN

hukum kekeluargaaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti perkahwinan,penceraian,keturunan,penyusuan,nafkah,pembahagian harta dan lain-lain.

2.3 HUKUM MU'AMALAT

hukum mu'amalat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan hubungan sesama mereka seperti jual beli,gadaian,sewaan,pendakwaan dan keterangan-keterangan,penghakiman dan lain-lain.

2.4 HUKUM PEMERINTAHAN ATAU SIASAH SYARIAH

hukum pemerintahan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah seperti menegakkan keadilan,membasmi kezaliman dan melaksanakan undang-undang.Begitu juga hukum berkaitan dengan kewajipan rakyat supaya mentaati pemimpin dalam perkara yang bukan maksiat dan lain-lain lagi.

2.5 HUKUM KESEKSAAN

kanun kuseksaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah,memelihara keamanan dan peraturan seperti hukuman kepada pembunuh,pencuri,peminum arak dan seumpamanya.

2.6 HUKUM HUBUNGAN ANTARABANGSA

hukum hubungan antarabangsa ialah hukum-hukum yang mengatur hubungan antara negara Islam dengan negara-negara lain dari segi peperangan.perdamaian dll.

2.7 ADAB DAN AKHLAK

adab dan akhlak ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak,maruah,pekerti yang baik dan yang buruk dll.


Demikianlah fiqh Islam merangkumi segala hukum yang berkaitan dengan keperluan manusia dan semua kemudahan hidup individu dan masyarakat.



-manhaj fiqh al-syafi'i-

ILMU FIQH ?

1.0 Pengertian Fiqh

Bahasa : Faham (surah an-nisa' : ayat 78)

Istilah :
(a) Mengetahui hukum syarak yang berkaitan dengan segala perbuatan dan perkataan mukallaf berdasarkan kepada dalil-dalil yang terperinci,iaitu nas Al-Quran,As-Sunnah,ijma',dan ijtihad yang diambil daripada kedua-duanya.
(b) Hukum syarak itu sendiri.Justeru apabila dikatan,kamu mempelajari fiqh,ia bererti mempelajari hukum-hukum syarak yang terdapat dalam kitab-kitab fiqh yang di ambil daripada Al-Quran.As-Sunnah.ijma' ulama' dan ijtihad mereka.Contohnya hukum-hukum wudu',solat,jual beli,perkahwinan dan penyusuan,perang dll.Kesemua hukum syara; ini juga dinamakan fiqh dari segi istilah.

Perbezaan antara dua istilah tersebut ialah :

- (1) : digunakan pada mengetahui hukum-hukum
- (2) : digunakan pada hukum syarak itu sendiri.