Halaman

Ahad, 15 Ogos 2010

fiqh islam merangkumi semua keperluan manusia sebenarnya?

2.0 FIQH ISLAM MERANGKUMI SEMUA KEPERLUAN MANUSIA


Oleh sebab Fiqh Islam merupakan hukum-hukum yang disyariatkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya bagi menjaga kemaslahatan dan menghindari kerosakan,justeru fiqh islam datang dalam keadaan merangkumi aspek tersebut dan menyusun semua keperluan manusia dengan hukum-hukumnya.

Jika diperhatikan kitab-kitab fiqh yang mengandungi hukum-hukum syarak yang bersandarkan kepada kitab Allah,sunnah Rasulullah,ijma' ulama dan ijtihad mereka,kita akan dapati hukum-hukum tersebut terbahagi kepada tujuh bahagian dan daripadanya dibentuk peraturan umum bagi menjamin kehidupan manusia secara individu atau bermasyarakat.

2.1 HUKUM IBADAT

hukum ibadat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan beribadat kepada Allah seperti berwuduk,solat,puasa,zakat,haji dan lain-lain.

2.2 HUKUM KEKELUARGAAN

hukum kekeluargaaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan kekeluargaan seperti perkahwinan,penceraian,keturunan,penyusuan,nafkah,pembahagian harta dan lain-lain.

2.3 HUKUM MU'AMALAT

hukum mu'amalat ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dan hubungan sesama mereka seperti jual beli,gadaian,sewaan,pendakwaan dan keterangan-keterangan,penghakiman dan lain-lain.

2.4 HUKUM PEMERINTAHAN ATAU SIASAH SYARIAH

hukum pemerintahan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan tanggungjawab pemerintah seperti menegakkan keadilan,membasmi kezaliman dan melaksanakan undang-undang.Begitu juga hukum berkaitan dengan kewajipan rakyat supaya mentaati pemimpin dalam perkara yang bukan maksiat dan lain-lain lagi.

2.5 HUKUM KESEKSAAN

kanun kuseksaan ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah,memelihara keamanan dan peraturan seperti hukuman kepada pembunuh,pencuri,peminum arak dan seumpamanya.

2.6 HUKUM HUBUNGAN ANTARABANGSA

hukum hubungan antarabangsa ialah hukum-hukum yang mengatur hubungan antara negara Islam dengan negara-negara lain dari segi peperangan.perdamaian dll.

2.7 ADAB DAN AKHLAK

adab dan akhlak ialah hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak,maruah,pekerti yang baik dan yang buruk dll.


Demikianlah fiqh Islam merangkumi segala hukum yang berkaitan dengan keperluan manusia dan semua kemudahan hidup individu dan masyarakat.



-manhaj fiqh al-syafi'i-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan