Halaman

Selasa, 17 April 2012

KeJoHaNan BaDmInToN TeRtuTuP Sk MaLuDaM

Alhamdulillah...syukur padaMu Ya ALLAH...
Hari ini Kau telah kurniakan kemenangan yang terindah sepanjang aku berada di SK Maludam ini. Hari ini merupakan final pertandingan badminton beregu yang diadakan untuk semua staf maludam. Dengan izin Allah, rezeki berpihak kepadaku dan "partner" en Kasman. Sepanjang sebulan kejohanan ini berlangsung, akhirnya ditutup dengan kemenangan yang kami perolehi.

Johan : Fakhrul & Kasman
Naib johan : Bukhary & Johari
Ketiga : Saiful & Asmawi
Keempat : Wan Ezani & baduhi

Seungguhnya sukan "badminton" bukanlah sukan yang aku minat dahulu. Apatah lagi bermain badminton. Tetapi sejak berada di maludam ini, kebanyakan mereka (staf) sangat meminati badminton, jadi mahu atau tidak aku perlu menceburkan diri dalam sukan ini. Antara faktor sukan ini bukanlah sukan yang diminati ialah, aku tidak pernah memiliki raket badminton sebelum ini, tetapi di sini aku telah membeli raket badminton pertamaku jenama "yang yang" dibeli di sibu (world sport).

Faktor yang lain pula ialah sebelum ini di semenanjung, susah untuk bermain badminton kerana kekurangan "court" untuk bermain, mungkin banyak tetapi aku shj yang kurang jumpa..huhuhu... Banyak masa dihabiskan bermain di gelanggang futsal dan di kolam renang.

Antara faktor lain ialah, permainan badminton memerlukan kemahiran dan kekuatan pergelangan tangan yang bagus. Sedangkan selama ini semua sukan yang aku ceburi tidak menggunakan pergelangan tangan, jadi amat sukar untuk aku menguasai permainan ini. Kalau sekadar menggunakan lengan InsyaAllah tiada masalah kerana sukan-sukan selama ini memang aku menggunakan kekuatan lengan antaranya seperti renang, rejam lembing,cakera, peluru tenis, table tenis dll...

Adalah juga kadang-kadang bermain bola tampar, itu pun memang ke laut..huhu...

Jadi apabila berada disini dan untuk mengisi kebosanan berada di maludam ini, aku cuba menanamkan minat yang mendalam di dalam sukan badminton ini. Permulaannya aku cuba cari siapa otai-otai kat sini, setelah dapat tahu aku mula melihat corak permainan dan teknik yang mereka gunakan. Kemudian, aku mula mendekati mereka untuk mendapatkan tips-tips yang berguna bagi meningkatkan kualiti permainan. Usaha lain yang aku lakukan ialah dengan mendownload teknik-teknik bermain badminton di "youtube" salaku guru onlineku... :)

Hari demi hari minat terhadap sukan ini semakin mendalam, aku mula mengenali apa itu yang dinamakan "string", jenis-jenis raket, brand raket yang hebat dan cara memilih raket yang sesuai. Sebelum ini tak pernah aku kenali semua itu walaupun di maktab ramai kawan-kawan yang hebat dalam permainan badminton ini. Di sinilah aku mengenali apa itu badminton dan bagaimana cara badminton sebenarnya serta mengetahui betapa seronoknya permainan ini.

Antara mereka yang banyak memberi tunjuk ajar dan memberi pendedahan ialah iaitu sifu-sifu ku cikgu baduhi, saiful chula, chong yew kim yang banyak memberikan tips-tips serta bimbingan yang terbaik dan memberi kefahaman yang jelas berkenaan sukan ini.

Berbalik kepada topik pertandingan badminton ini, sepanjang kejohanan ini berlangsung aku memenangi kesemua perlawanan kecuali perlawanan dengan azrai dan ust sabidin. Pada peringkat separuh akhir, saat ini amatlah genting dan perlawanan yang paling susah & memenatkan sepanjang kejohanan ini. Seharian badanku berasa lesu dan amat letih sehingga keesokan harinya. Kemudian pada keesokan harinya aku terpaksa berhadapan dengan perlawanan akhir, Alhamdulillah nasib dan rezeki menyebelahi kami. Keseronokan yang aku inginkan, kemenangan yang Tuhan berikan... :)

Akhir sekali, aku merasakan bahawa inilah suatu titik permulaan bagi diriku untuk melibatkan diri dengan permainan ini dan berusaha untuk memperbaiki teknik permainan serta menjadikan sukan ini suatu sukan yang tersenarai di dalam kamus hidupku... :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan