Halaman

Isnin, 22 Ogos 2011

Sembahyang Solat Witir


Hadis nabi lebih kurang bunyinya:-Solat witir itu hak keatas muslim, siapa nak boleh buat 5, 3 atau 1 rakaat.

Imam Abu Daud dan an-Nasa’i telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Ayyub yang maksudnya: “Rasulullah SAW pernah bersabda” Solat witir itu adalah benar (hak). Siapa yang suka mengerjakannya lima rakaat, kerjakanlah. Siapa yang suka mengerjakannya tiga rakaat kerjakanlah, dan siapa yang suka mengerjakannya satu rakaat sahaja pun, kerjakanlah

Rasulullah juga pernah buat 7 rakaat direct dan 11 rakaat putus-putus (2,2,2,2,2,1)

3 mazhab menghukumkannya sunat, 1 lagi wajib iaitu mazhab Hanafi. Hanafi mewajibkan solat witir kerana:-

  • perkataan HAK dlm hadis diatas
  • satu hadis hasan yang lain:- Allah tambah satu solat lagi ke atas kamu, siapa tak solat hendaklah qadha, Buatlah antara Isya’ dan Subuh. Wahai ahli Quran, siapa tak solat witir bukan dari golonganku.

“Sesungguhnya Allah SWT telah menambahkan kepada kamu satu solat, iaitu solat witir. Maka sembahyanglah antara solat Isyak dan solat subuh. (Ahmad)

Sabda Nabi s.a.w.: “Bila sudah menjelang pagi, dan salah seorang daripada kamu masih belum melakukan (solat) witir, maka berwitirlah (qadha). (Baihaqi & al-Hakim)

Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah solat witir, sebab Allah itu witir ( Maha Esa) dan suka sekali kepada yang witir. ( HR. Ahmad)

Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” HR Abud Dawud dan Tirmizi.

Witir adalah kewajiban, barangsiapa tidak melaksanakan Witir, maka ia tidak termasuk golongan kami” (H.R. Ahmad dan Abu Dawud.)

YANG PENTINGNYA BUAT, BUKAN HUKUM. Setiap ilmu harus diikat dengan perbuatan, barulah melekat di hati.

Mengikut mazhab Syafie boleh buat 2 kali witir dalam satu malam. Mazhab lain tidak boleh berdasarkan satu hadis yang mengatakan fardhu tidak boleh lebih dari 2 kali. Pada permulaan Islam dibenarkan solat fardhu berulang kali sekiranya solat yang kedua lebih baik dari solat yang pertama (contoh jemaah lebih ramai). Akhirnya Rasulullah larang solat fardhu 2 kali.

“Tidak ada dua witir dalam satu malam” (H.R. Abu Dawud, Nasa’i, Tirmizi).

Witir itu di akhir solat malam.

Ibnu Umar r.a. berkata: Bersabda Nabi saw, “Jadikan penghabisan (akhir) shalatmu pada waktu malam dengan shalat witir.” (Bukhari – Muslim)

Solat malam disini maksudnya Isya’. Ada 2 jenis solat witir nabi iaitu sejurus selepas Isya’ dan tengah malam lepas tahajjud.

Sabda Nabi s.a.w.: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam. (Muslim).

Sayyidina Umar solat witir diawal malam, selepas solat Isya’.

Rasulullah kata jangan solat witir seperti maghrib. Jgnlah kamu serupakan solat itu dgn solat Maghrib..” (diriwayatkan oleh Daruqutni). Beza witir dan maghrib ialah:-

  • Witir 3 rakaat baca surah, maghrib 2 sahaja
  • Witir 3 rakaat baca nyaring, maghrib 2 sahaja
  • Witir boleh jemaah bulan Ramadhan sahaja

Dalam 3 rakaat solat witir Nabi baca:-

  • Sabbihis (surah A’la)
  • Qulya (Al-Kafirun)
  • Qulhuwallah (Al-Ikhlas)

Di dalam riwayat hadis yang diceritakan oleh Aisyah yang bermaksud:

“Rasulullah di dalam solat witir membaca Surah Al-A’la pada rakaat pertama, Surah Al-Kafirun pada rakaat kedua, sedang dalam rakaat ketiga baginda membaca Surah Al-Ikhlas serta dua surah Muawwadzah iaitu surah Al-Falaq dan surah An-Nas.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan